Sinopsis Panas Salju

Kisah Zulkifli Mohd Zain yang bekerja sebagai atendan hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur. Anaknya Nadhirah mendapat penyakit kerosakan hati dan hempedu. Dr Gheethan dari HBKL mencadangkan Nadhirah dirawat di King College, London.

Isteri Zulkifli ialah Cikgu Bushrah binti Ramli yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Tun Razak, Cheras. Cikgu Bushrah sanggup menderma sebahagian hati kepada anak mereka Nadhirah walaupun risikonya cukup besar.

Zulkifli menemui sahabat lamanya wartawan terkenal Mohamad Yusuf di pejabat Utusan Malaysia agar penderitaan mereka disiarkan. Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir yang menjadi CEO syarikat telekomunikasi, Sapura Holding setuju menderma RM350,000 untuk kos rawatan pemindahan hati di King's College Hospital, London.

Pakar bedah, Dr Tan Kai Chah berjaya memindahkan hati daripada Bushrah kepada Nadhirah. Semasa di London, Zulkifli dibantu oleh Muliyadi Mahmood, sahabat lamanya yang juga kartunis dan pensyarah di UITM Shah Alam. Isteri Muliyadi Mahmood bernama Saliha Brigite, wanita Perancis. Muliyadi sekampung dengan Zulkifli di Felda Ulu Tiram, Johor.

Lima tahun kemudian, Bushrah meninggal dunia. Nadhirah berjaya dalam jurusan perakaunan dan bekerja di sebuah bank. Kemudian berkahwin dengan seorang doktor. Adiknya Nazli dapat belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Zulkifli sendiri telah belajar di Universiti Sains Malaysia secara jarak jauh. Kemudian belajar peringkat sarjana dan seterusnya PhD di universiti yang sama.